"....Tuan/puan dihormati...TK; TQ; XIE-XIE; NANDRE-NANDRE;...kerana sudi membuka blog Bahagian Perpaduan Masyarakat JPNIN (JPM) Ibu Pejabat Putrajaya...."
!!!!!....""SELAMAT DATANG AND WELCOME & SALAM PERPADUAN SERTA SALAM 1MALAYSIA""......!!!

Sunday, December 26, 2010

Najib: 1Malaysia bukan alat politik BN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata konsep 1Malaysia adalah untuk membina sebuah negara dan bukan bagi tujuan politik.

NONEBeliau berkata tanpa ragu-ragu, semangat bersama ini dan mampu untuk bangkit melangkaui perbezaan politik, adalah penting dalam memastikan keamanan dan kestabilan berterusan di negara ini.

"Sungguhpun ada sesetengah mungkin memikirkan (1Malaysia) adalah untuk tujuan politik tetapi ia sebenarnya bagi tujuan membina sebuah negara.

"Ia untuk kita untuk bersama, bagi kita untuk merasakan bahawa kita adalah milik sebuah negara, seorang dengan satu wawasan dan itulah untuk kita mara ke hadapan bagi membina kemakmuran, keharmonian dan kejayaan sebenar sebuah negara pada Abad ke-21," katanya dalam ucapan pada Jamuan Teh Krismas anjuran Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, di kediaman beliau di ibunegara hari ini.

1malaysia dinner in galas 031110 danceBeliau berkata pada dunia hari ini di mana sekumpulan kecil ekstremis telah mengenepikan suara kewarasan dan mengabaikan agenda keamanan dan kesederhanaan, yang kesederhanaan adalah penting dalam setiap kepercayaan umat Muslim, penganut Kristian, Hindu dan Buddha di kalangan kita untuk bercakap bagi menuntut tempat yang sewajarnya dan moral yang tinggi.

Najib juga berkata bahawa agama mengajar kita untuk toleransi, prihatin dan menghormati kepercayaan dan amalan yang lain.

"Kita terikat dengan destini bersama kita. Kita terikat dengan warisan bersama kita. Kita terikat dengan keperluan kita untuk ke hadapan sebagai sebuah negara bagi menghadapi cabaran akan datang," kata beliau.

merry christmas 2007Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak lupa pada mesej Krismas iaitu untuk keamanan, harapan, amal, cinta dan muhibah terhadap semua.

"Mesej ini bukan hanya untuk penganut agama Kristian. Mesej ini untuk semua orang," tambah beliau.

Turut hadir isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

- Bernama

No comments:

Post a Comment