"....Tuan/puan dihormati...TK; TQ; XIE-XIE; NANDRE-NANDRE;...kerana sudi membuka blog Bahagian Perpaduan Masyarakat JPNIN (JPM) Ibu Pejabat Putrajaya...."
!!!!!....""SELAMAT DATANG AND WELCOME & SALAM PERPADUAN SERTA SALAM 1MALAYSIA""......!!!

Sunday, December 26, 2010

Najib: 1Malaysia bukan alat politik BN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata konsep 1Malaysia adalah untuk membina sebuah negara dan bukan bagi tujuan politik.

NONEBeliau berkata tanpa ragu-ragu, semangat bersama ini dan mampu untuk bangkit melangkaui perbezaan politik, adalah penting dalam memastikan keamanan dan kestabilan berterusan di negara ini.

"Sungguhpun ada sesetengah mungkin memikirkan (1Malaysia) adalah untuk tujuan politik tetapi ia sebenarnya bagi tujuan membina sebuah negara.

"Ia untuk kita untuk bersama, bagi kita untuk merasakan bahawa kita adalah milik sebuah negara, seorang dengan satu wawasan dan itulah untuk kita mara ke hadapan bagi membina kemakmuran, keharmonian dan kejayaan sebenar sebuah negara pada Abad ke-21," katanya dalam ucapan pada Jamuan Teh Krismas anjuran Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, di kediaman beliau di ibunegara hari ini.

1malaysia dinner in galas 031110 danceBeliau berkata pada dunia hari ini di mana sekumpulan kecil ekstremis telah mengenepikan suara kewarasan dan mengabaikan agenda keamanan dan kesederhanaan, yang kesederhanaan adalah penting dalam setiap kepercayaan umat Muslim, penganut Kristian, Hindu dan Buddha di kalangan kita untuk bercakap bagi menuntut tempat yang sewajarnya dan moral yang tinggi.

Najib juga berkata bahawa agama mengajar kita untuk toleransi, prihatin dan menghormati kepercayaan dan amalan yang lain.

"Kita terikat dengan destini bersama kita. Kita terikat dengan warisan bersama kita. Kita terikat dengan keperluan kita untuk ke hadapan sebagai sebuah negara bagi menghadapi cabaran akan datang," kata beliau.

merry christmas 2007Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak lupa pada mesej Krismas iaitu untuk keamanan, harapan, amal, cinta dan muhibah terhadap semua.

"Mesej ini bukan hanya untuk penganut agama Kristian. Mesej ini untuk semua orang," tambah beliau.

Turut hadir isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

- Bernama

Tuesday, December 21, 2010

Ingin Berhubung dengan PM....???

Tuan/puan,
Jika ingin berhubung dengan Perdana Menteri atau ingin melahirkan sesuatu idea atau mengadu apa juga masalah yang tidak memuaskan hati...sila ke Blog Perdana Menteri berikut:

http://www.1malaysia.com.my/blog/an-opportunity-to-meet/

Anda akan dilayan...!!!

TQ.

1Malaysia ada ciptaan PM sendiri...!!!

1Malaysia ciptaan kita sendiri - PM




 
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkilan apabila dituduh menciplak gagasan 1Malaysia dari negara lain. Perdana Menteri menegaskan, perbuatan berkenaan adalah satu pendustaan besar kerana beliau selaku orang yang bertanggungjawab memperkenalkan 1Malaysia tahu perkara sebenar. "Ini bukan ciplak dari negara lain, ini ciptaan kita sendiri.  "Negara lain boleh ada (slogan) 'satu' ini dan 'satu' itu tetapi tiada negara lain dalam dunia ini yang ada 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," tegasnya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Kali Ke-25 (2010-2013) di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini. Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berterusan cuba mengelirukan rakyat apabila mendakwa kerajaan melalui firma Apco Worldwide menciplak 1Malaysia daripada konsep One Israel yang diperkenalkan pada 1999.

Gara-gara tindakan terdesak itu, Anwar digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati dakwaan itu tidak benar. Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kerajaan hari ini melangkah ke hadapan bukannya berasaskan sesuatu yang direka dan kemudiannya didagangkan untuk mengelirukan rakyat. Tegas beliau, adalah amat mudah untuk membuat janji politik tetapi semua pihak perlu sedar adakah pendekatan populis seperti itu menguntungkan negara.

"Saya percaya ahli-ahli CUEPACS boleh berfikir secara rasional dan tahu bahawa untuk membangunkan negara, kita mesti mendokong dan melaksanakan dasar-dasar yang bertanggungjawab. "Kerajaan yang bertanggungjawab memerlukan polisi yang bertanggungjawab, bukannya sesuatu yang kita lemparkan sebagai janji kerana ia tidak berasaskan realiti sebenar," katanya. Justeru beliau mengingatkan ahli CUEPACS supaya tidak mengambil pendekatan berkonfrantasi dengan kerajaan sebagaimana tahun 60-an dalam membuat tuntutan kerana ia nyata tidak menguntungkan.

Jelas beliau, di sesetengah negara maju Eropah, saban bulan pasti ada mogok besar yang menyusahkan rakyat sehingga membantutkan ekonomi. "Kita tidak mampu bersikap demikian atau ambil langkah sedemikian, biar kita meningkat walaupun tidak sampai ke tahap yang kita idamkan tetapi yang penting masa depan kita terjamin," katanya.

Monday, December 20, 2010

HURAIAN KONSEP GAGASAN 1MALAYSIA:


DUA Keutamaan Kerajaan
1. Memastikan kehidupan rakyat hari lebih baik drpd semalam;
2. Menggerakkan Ekonomi negara keatas pertumbuhan yang sihat dan mampan
 
EMPAT TUNGGAK UTAMA KERAJAAN:
1. 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan
2. Program Transformasi Kerajaan
3. Modal Baru Ekonomi (MBE)
4. Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10
1Malaysia Rakyat didahulukan dan Pencapaian Diutamakan:
1Malaysia:
Satu usaha murni bagi memacu Perpaduan Nasional yang membawa kpd kita bergerak dlm satu keluarga yg besar menuju kpd matalamat yg sama.
Rakyat Didahulukan:
Kerajaan meningkatkan tahap ketelusan dan kebertanggungjawaban. Keberhasilan yg ketara perlu dipelihara dan dirasai oleh rakyat dan dilaksanakan dgn kadar segera dengan penuh integriti.
Pencapaian Diutamakan:
Komitmen Kerajaan dalam meletakkan sasaran terhadap pencapaian bagi setiap NKRA.
 
‎2. Progam Transformasi Kerajaan (6 NKRA)
a). Mentranformasi Kerajaan agar lebih menjadi lebih efektif dan penyampaian perkhidmatan dan bertangungjawab atas keberhasilan yg menjadi keutamaan rakyat.
b). Memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yg maju, bersatu padu dan saksama dgn taraf kesejahteraan yg tinggi utk se...mua.
ENAM BIDANG KEBERHASILAN UTAMA (NKRA):

i. Mengurangkan Kadar Jenayah
ii. Memerangi Rasuah
iii. Meluaskan akses pendidikan berkualiti
iv. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
v. Memperkasakan prasarana luar bandar
vi. Menambah baik pengangkutan Awam.
 
‎3. Model Baru Eknomi (MBE):
MBE Berteraskan 3 perkara:
a. Berpendapatan Tinggi - mengwujudkan negara/rakyat berpendapatan tinggi san meningkatkan produktiviti melalui penggunaan kemahiran dan inonasi.
b. Kemampanan:
Bertunjangkan komitmen penjanaan pertumbuhan yg mampan.
c. Keterangkuman (Inlusive):
Penyertaan meyeluruh rakyat dan kepimpinan.
 
‎4. Pelaksanaan Rancangan Malaysia ke 10:
Merangkumi pelaksanaan segera ketetapan yg terdapat dlm Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi.
4 Nilai Asas Pelengkap:
1. Kreatif dan Inovatif:
Merupakan proses mencetus nilai dalam sistem, ekonomi dan pembangunan. Aliran pemikiran dan tindakan mesti bersandarkan kepada pemikiran yang kreatif dan inovatif.
 
2. Kepantasan Bertindak:
Menentukan tempoh masa depan dalam apa pun yang kita laksanakan dan dapat melaksanakannya dalam masa yang ditetapkan.
 
3. Nilai untuk Wang:
Transformasi kearah menjadikan masyarakat maju dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan kerohanian. Pemantauan etika dan integriti menjadi budaya dalam masyarakat.
 
4 Cabaran 1Malaysia:
1. Tranformasi keatas ekonomi negara.
Memastikan negara tidak ketinggalan atau "tersangkut dalam perangkap" negara berpendapatan pertengahan.
 
2. Pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan.
Memperteguhkan komitmen kerajaan untuk memenuhi harapan dan jangkaan rakyat dalam mencapai enam NKRA.
 
3. Masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya.
Menguruskan sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya yang semakin perihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviiti rakyat.
 
4. Masyarakat yang semakin hari semakin "sophisticated".
Menguruskan masyarakat yang mempunyai jangkaan dan harapan yang tinggi terhadap penyampaian perkhidmatan kerajaan.
 
MATLAMAT 1MALAYSIA:
1. 1Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik untuk kita menghadapi sebarang cabaran.
 
2. Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan. Bermula dengan 1Malaysia ia bertujuan untuk meyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
 
3. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
 
4. Konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.
 
Sekian Terima kasih.
 
ibrahim abdullah
Tim. Ketua
Unit 1Malaysia 

PETIKAN UCAPAN PERDANA MENTERI

"1Malaysia adalah satu Gagasan bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia"

"1Malaysia bukanlah konsep atau fomula baru dan matlamat akhirnya iaitu perpaduan nasional juga merupakan wawasan utama pemimpin-pemimpin negara yang terdahulu, yang diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelamaan sepanjang lebih lima dekad negara merdeka".

Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia